Wednesday, September 28, 2011

-wadai kipeng-

bosan sungguh malam ni...8.30 mlm...
aku : hello mak..cam mna nk buat bubur yang penyek2 tu...
mak : apa mimpi pulak dh ni...
aku : x de apa lah..saja teringat..
mak : uli tepung pulut dengan air garam secukup rasa..
         masak air gula merah secukup rasa..
         masak santan bersama air gula merah tdi..
         kalau ada daun pandan, masukkan..
         kacau jgn sampai pecah myk..
         masukkan tepung yg dipenyek2 tu..
         tunggu sampai timbul..
         siap...
aku: ok..tq..
9.00 mlm..siap2 keluar gi kedai cari ramuan..
9.30 mlm..buat doh utk dipenyek
10.50 mlm..start proses memasak
11.10 mlm..wadai keping kipeng siap..




ulian, gentelan dan penyekkan yang mengembirakan...

















































air gula merah...orang tganu panggil nisang...:)

















































wadai keping  kipeng yang menyelerakan...:)

nota
1. aku : apa nama bubur tu mak?
    mak : wadai keping kipeng..
    aku : apa? x reti sebut la...bubur penyek je lah..
    mak : ikut suka la...bubur orang banjar tu..wadai keping kipeng..
2. sudah beberapa tahun x makan bubur ni...
3. mungkin gentelan yang perlu dibuat memerlukan masa yg lama kot..tu sebab bubur ni kian dilupakan..
4. pesanan buat bakal isteri : anda harus tahu membuat bubur ni k..:)
5. makanan tradisi mcm ni x boleh dilupakan...
6. sedap ooooo...
7. malam itu tido dengan kegembiraan dan kepuasan...:)



-sakan makan-

syawal hampir berlalu...tp rsa cam baru semalam jer..cepat sungguh masa berlalu...masa itu betul2 emas...

 surah Al-Asr
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)

















































nota
1. Agak puas selepas bercuti raya selama 12 hari..hahaha
2. Agak malas untuk ke tganu selepas bercuti raya selama 12 hari..
3. Agak gembira menghadiri rumah terbuka beberapa organisasi selepas bercuti raya selama 12 hari..
4. Agak sedap dgn juadah yang dihidangkan selepas bercuti raya selama 12 hari..
5. TQ...

Tuesday, September 27, 2011

-pokok duri-

suatu ketika, masa nk otw balik tganu...kononnya nk la try jalan lain...(padahal nk gi jalan2)...selalunya guna lebuhraya yang 'amat lurus' jalanya iaitu jalan grik utk menuju ke KT...dah alang bertemankan en.ang bolehlah cuba laluan lain yang mungkin lebih lurus..huhu...so laluan baru itu adalah laluan simpang pulai-cameron-gua musang-felda aring-kenyir lake-kuala berang-KT...ceritanya jalan agak ok pada mulanya...tetapi amat mengecewakan ketika melalui felda aring...hohoho...semasa melalui cameron sempatlah jugak membeli beberapa pokok duri yg cute...
































 nota
1. dengar cerita, jalan felda aring dah ok...bolehla singgah cameron lagi..hhuhuhu...
2. perjalanan melebih 9 jam amat membosankan...
3. orang cakap, jauh perjalanan, luas pandangan, luas pengalaman...tp kalau dah hampir setiap bulan jalan yang sama je...cam mna pulak..banyak la bosannya kot..huhuhu...
4. insyaallah...mengharapkan berita gembira tahun 2012 nnt...

Monday, September 26, 2011

-pasar mundok-

suasananya amat-amatlah dasyat...x sangka sungguh...tengok je lah sendiri yer...















































dahsyat kan...berduyun-duyun orang kesana...memang x dijangka...

nota
1. keselamatan harus diutamakan...lifejaket x de pun...bahaya sungguh...
2. startegi utk selamat...harus pandai berenang...(tp kamera x pandai berenang)..bahaya bagi kamera...
3. disarankan jgn pergi bagi yang belum pernah pergi...sangat-sangat digalakkan jgn pergi...

-telur puyuh-
























suatu ketika, sedang berjalan-jalan di negara jiran tetiba terpandang sesuatu yang agak diluar kebiasaan pandangan...disebabkan ingin menguji kepelbagaian makanan dimuka bumi ini aku pun beria-ia la menunggu giliran untuk mendapatkan telur puyuh goreng tersebut...




penantian aku tidak sia-sia...kenikmatan telur puyuh goreng itu sangat memuaskan nafsu makan aku...hehehe...rm2.00 dapat 9 biji telur...berbaloi kan...

nota
1. bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNYA...